BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 23, 2009

JANG SEMAKIN PULIH

KOTA BHARU-16Oct,Muhamad Afzan,20 atau nama glamournya Jang yang sebelum ini di laporkan kemalangan di kuantan semakin pulih. Dia yang sebelum ini di rawat di Hospital Ampuan Afzan telah dipindah ke Hospital Besar Kota Bharu atas permintaan keluarga dia.

Hasil temubual denganya oleh wartawan kami,Hisham,ternyata Jang yang terpaksa duduk je di rumah selama hampir 3 minggu,kebosanan dan kesunyian.Namun katanya,dia bersyukur dengan jiran yang berhadapan dengan rumahnya kerana menyediakan perkhidmatan wireless free yang mana telah tidak sengaja dicuri guna olehnya.Dengan adanya wireless itu,segala kebosanan dan kesunyiannya dapat dia atasi,kata Jang.

Apabila ditanya,bilakah dia akan menyambung balik pengajiannya,dia berkata kemungkinan pada minggu hadapan. Ini kerana 20 Oct akan datang,dia terpaksa ke hospital untuk membuang jahitan di lengannya.Katanya lagi,sebatang besi telah di masukan ke dalam lenganya sebelum ini. Katanya semasa proses memasukan besi dilakukan,rasanya amat menyakitkan. Tapi tidak sesakit semasa proses mencuci lukanya di kaki yang mana di menagis tanpa sengaja kerana ubat bius tidak dapat digunakan semasa proses ini.Namun katanya,dia tetap berasa gembira kerana Nurse yang merawatnya lawa-lawa dan comel.

Satu senyuman manis daripada jang berjaya dirakam
wartawan kami sebelum pulang. Dari kiri abang Hir,Jang,Kyol n hisham.


Sebelum wartawan kami pulang,Jang sempat berpesan untuk kawan-kawannya terutama geng rumah sewa Balai Besar supaya menanti kepulangannya dan katanya,dia amat merindui you all.

2 comments:

jaTuh_deboK said...

jgn ni tipu la ise...aku xdgar pn jang kte g2..mg ni sembang skmo la...

e_sham said...

mu 2.. mmng... smua dop dgr.
caro dop minum air ngan mkn grng psang,,,,